Pada 26 & 27 Ogos 2014, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah mengadakan satu sesi Bengkel Pengauditan EKSA yang dipimpin dan dikendalikan oleh Pegawai dari MAMPU yang bertempat di Aras 5 Bilik Gerakan, Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu. Objektif utama sesi bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kakitangan berhubung pelaksanaan EKSA di peringkat Jabatan. Selain itu, sesi latihan audit turut diadakan pada hari kedua bengkel yang mana secara tidak langsung memberi latihan awal kepada juru audit EKSA dalam mengendalikan sesi pengauditan EKSA. Alhamdulillah, bengkel ini telah dihadiri oleh semua wakil dari setiap zon dan juga setiap jawatankuasa yang dilantik. Jom buat EKSA!!.
No comments:
Post a Comment