click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday 7 November 2017

BENGKEL MEMBINA BLOG EKSA

Para peserta bengkel sedang memberi perhatian sepenuhnya
pada sesi bengkel yang diadakan
Bengkel Membina Blog EKSA julung kalinya telah diadakan pada 22 Mei 2017 bertempat di Makmal Komputer, Aras 1 Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada warga Jabatan dalam pembinaan Blog EKSA. Setiap zon diwajibkan menghantar dua orang wakil bagi menimba ilmu berkaitan pembinaan blog. Tenaga pengajar yang dijemput adalah Encik Azmil Hushairi bin Remli iaitu Penolong Pegawai Teknologi Maklumat JKSTR. Penganjuran bengkel Membina Blog EKSA ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan EKSA JKSTR sebagai aktiviti latihan tahun ini kepada semua ahli-ahli zon.

BENGKEL PENCEGAHAN MAKHLUK PEROSAK OLEH GREEN2U

Bengkel pencegahan makhluk perosak telah diadakan di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu pada 9 Mac 2017 yang dikendalikan oleh syarikat Green2u. Pelbagai input dan informasi yang sangat berguna telah diberikan dan diperolehi sepanjang bengkel ini diadakan. Selain itu, turut disediakan "booth" dan ruang soal jawab kepada kakitangan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan. Bengkel ini dihadiri oleh semua pegawai dan wajil-wakil ahli EKSA dari setiap zon dan daerah. Pihak Jabatan sangat berbesar hati menerima kehadiran wakil syarikat berkenaan dalam menjayakan latihan EKSA di Jabatan ini dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan EKSA JKSTR. Seronoknya amal EKSA!.

BENGKEL PENCEGAHAN KEBAKARAN

 
Satu bengkel pencegahan kebakaran telah diadakan pada 09 Mac 2017 bertempat di Aras 5, Bilik Gerakan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Bengkel tersebut dihadiri oleh semua pegawai dan wakil-wakil dari zon-zon. Bengkel tersebut memberi input berguna berkaitan penegahan kebakaran bukan sahaja di tempat kerja, kawasan kediaman bahkan kawasan umum. Penceramah turut memberi penerangan berkaitan penggunaan alat pemadam api yang betul. Bengkel yang diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan EKSA JKSTR ini membawa objektif utama yang turut diterapkan sebagai elemen EKSA iaitu berhubung keselamatan di tempat kerja dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik.

Monday 6 November 2017

CARTA PERANCANGAN INDUK

Carta Organisasi (Jawatankuasa Induk) EKSA JKSTR


LAWATAN DARI AGENSI LUAR KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU



 
Sepanjang tahun 2016 dan 2017, iaitu setelah dipersijilkan oleh MAMPU, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah menerima kunjungan dan lawatan daripada pelbagai agensi luar dari dalam Terengganu mahupun dari luar negeri Terengganu. Lawatan dan kunjungan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bertukar-tukar buah fikiran dalam pelaksanaan EKSA di Jabatan masing-masing. Selain itu, dengan adanya lawatan ini, ia dapat mengeratkan lagi tali silaturahim di antara agensi. Antara agensi yang telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu adalah seperti berikut :

1)    Politeknik Kota Bharu Kelantan pada 01 Mac 2016;

2)   Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 12 Mei 2016;

3)   Pejabat Setiausaha Negeri Pahang pada 19 Oktober 2016;

4)   Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus pada 18 Januari 2017;

5)   Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan pada 11 Mei 2017;

6)   Jabatan Kehakiman Syariah Selangor pada 11 Mei 2017 dan;

7)   Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu pada 26 September 2017.



 

MEDIUM HEBAHAN EKSA

Antara medium hebahan utama yang digunakan oleh JKSTR dalam pelaksanaan EKSA
Berikut adalah beberapa medium hebahan yang digunakan oleh JKSTR dalam penyebaran amalan dan pelaksanaan EKSA di kalangan pegawai dan kakitangan. Selain itu, blog dan pamplets serta EKSA news juga menjadi antara platform penting sebaran informasi berkaitan EKSA. Di samping itu, mesyuarat dan perjumpaan secara berkala juga turut diadakan untuk memastikan perjalanan pelaksanaannya tersusun kemas dan lancar. JOM EKSA!

AUDIT PENSIJILAN EKSA OLEH MAMPU

 
Pada November 2015, satu Audit Pensijilan EKSA telah dijalankan di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam rangka memenuhi spesifikasi untuk dipersijilkan. Pengauditan telah dilaksanakan di ibu pejabat dan daerah-daerah yang mana dua orang pegawai dari MAMPU telah menjalankan pengauditan tersebut. Alhamdulillah, JKSTR telah berjaya dipersjilkan dengan Sijil EKSA bermula 15 Disember 2015 untuk tempoh selama 2 tahun.

PELANCARAN KEMPEN GO-GREEN

#JOM TONTON VIDEO TENTANG GO-GREEN#
GO-GREEN menjadi antara elemen baharu yang penting di dalam pelaksanaan EKSA. Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu juga tidak ketinggalan melancarkan kempen kesedaran amalan Go-Green di kalangan pegawai dan kakitangan supaya mereka semua mendapat pendedahan yang sewajarnya berkaitan perkara tersebut. Suatu majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Terengganu pada 05 Mei 2015 di Aras 5 JKSTR yang mana pada majlis tersebut ikon go-green berupa pokok buluh Jepun telah diedarkan kepada semua zon sebagai gimik dan simbolik kepada pelancaran kempen amalkan Go-Green. Ayuh sama-sama menghargai alam sekitar, Jom Go-Green!
 

JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSTR


 
 
Berikut adalah carta organisasi Jawatankuasa Induk (Pelaksana) EKSA bagi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu serta carta organisasi bagi setiap jawatankuasa yang telah dilantik (Audit, Promosi dan Latihan). Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSTR dinaungi oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Terengganu, Tuan Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd, dan dipengerusikan oleh Ketua Pendaftar, Yang Arif Tuan Haji Wan Abdul Malik bin Wan Sidek. Bagi jawatankuasa lain adalah sebagaimana berikut :
  1. Tuan Haji Zamzam bin Ismail - Fasilitator
  2. Puan Siti Salwa binti Mustapa - Penyelaras
  3. Puan Noor Amira binti Abdul Manan - Setiausaha
  4. Puan Nurul Huda binti Abdul Rahman - Pengerusi JK Audit
  5. Tuan Mohd Fakhruddin bin Yusof - Pengerusi JK Promosi
  6. Puan Noor Afzan binti Adam - Pengerusi JK Latihan.
Surat perlantikan bagi setiap jawatankuasa yang dilantik telah diedarkan bersama-sama senarai tugasan yang diamanahkan dalam merealisasikan pelaksanaan EKSA di JKSTR.

BUKU PANDUAN EKSA JKSTR


Buku Panduan EKSA diedarkan dengan kerjasama semua jawatankuasa (Promosi, Audit dan Latihan) dan jawatankuasa Induk kepada semua zon EKSA sebagai panduan umum kepada ahli-ahli zon dalam pelaksanaan EKSA di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu secara umumnya dan di daerah dan zon masing-masing secara khususnya.

LOKASI DAN NAMA ZON-ZON EKSA

Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu secara keseluruhannya mempunyai 10 zon EKSA yang merangkumi kesemua Mahkamah Syariah Daerah-daerah dan juga ibu pejabat. Bagi Ibu Pejabat, pembahagian zon dibuat berdasarkan aras-aras yang ada di Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu.
Manakala, pemilihan nama-nama bagi setiap zon pula dipilih berdasarkan nama-nama 10 orang sahabat Baginda Rasulullah s.a.w yang dijamin syurga. Pemilihan nama-nama ini adalah sempena mengambil contoh kecemerlangan dan kebaikan sahabat-sahabat Baginda Rasulullah s.a.w sekaligus menjadi penyuntik semangat bagi semua kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu untuk mencontohi akhlak mulia mereka dan salah satu daripada akhlak terpuji di dalam Islam adalah mengutamakan aspek kesucian rohani dan kebersihan fizikal dan persekitaran. Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian dari iman. Jom kita amalkan EKSA bersama-sama!.

GAMBAR PENAMBAHBAIKAN SEBELUM DAN SELEPAS AUDIT

Berikut adalah beberapa penambahbaikan SEBELUM DAN SELEPAS teguran audit dalam yang disisipkan oleh Jawatankuasa Induk EKSA menerusi pemilihan secara rawak di beberapa zon EKSA. Dapat dilihat setiap teguran yang dibuat oleh Jawatankuasa Audit Dalam EKSA telah dibuat pembetulan pada gambar selepas penambahbaikan.












SESI AUDIT DALAM DAN LAPORAN KESELURUHAN AUDIT DALAM EKSA BIL 1 / 2017

 
Auditor sedang memberi taklimat
ringkas berkaitan EKSA kepada Auditee


Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam di
Zon Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq (MRSD Besut)


Auditor EKSA sedang menjalankan sesi pengauditan di bilik fail
 
Sesi Audit Dalam EKSA Bilangan 1 Tahun 2017 telah dijalankan bermula 16 hingga 20 April tahun 2017, yang melibatkan zon-zon dan Jawatankuasa Pelaksana. Sesi pengauditan ini dilaksanakan oleh juruaudit EKSA yang terlatih berdasarkan kriteria audit yang telah digariskan sebagai panduan kepada setiap zon. Audit dalam pada kali ini turut menyenaraikan beberapa kategori penganugerahan sebagai suatu pengiktirafan kepada zon-zon dan jawatankuasa di atas usaha cemerlang mereka dalam melaksanakan EKSA.
 

SESI PENYERAHAN DASAR EKSA JKSTR


Pada 31 Disember 2014, satu Majlis Penyerahan Misi, Visi, Polisi serta Garis Panduan EKSA oleh YAA Ketua Hakim Syarie Terengganu pada 31.12.2014 di JKSTR. Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan Mahkamah Syariah Terengganu. Kesemua dasar ini disediakan dengan kerjasama Jawatankuasa Promosi dan Jawatankuasa Induk EKSA yang mana kesemua dasar ini adalah diwajibkan untuk dipamerkan di zon masing-masing. JOM KITA AMAL EKSA !


 

 
 

Sunday 5 November 2017

LAWATAN KE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN DAN SESI "BRAINSTORMING" EKSA

 
Bak kata pepatah, jauh perjalanan luaslah pandangan...suatu lawatan serta kunjungan penanda aras EKSA telah diadakan ke Mahkamah Syariah Negeri Sembilan pada 16 Oktober 2014 yang mana ianya bertujuan untuk mempelajari serta menimba ilmu berkaitan pelaksanaan EKSA di Mahkamah berkenaan. Kunjungan ini disertai oleh semua wakil dari Mahkamah Syariah Daerah-daerah dan diketuai oleh YA Tuan Haji Rosdi bin Harun, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu. Pada 17 Oktober 2017 pula, satu sesi "brainstorming EKSA" telah diadakan untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada peserta lawatan tersebut. Pelbagai idea dan perkongsian minda telah dapat dikumpul melalui sesi yang bermakna ini.


TAKLIMAT PENGAUDITAN EKSA

 
Pada 26 & 27 Ogos 2014, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah mengadakan satu sesi Bengkel Pengauditan EKSA yang dipimpin dan dikendalikan oleh Pegawai dari MAMPU yang bertempat di Aras 5 Bilik Gerakan, Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu. Objektif utama sesi bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kakitangan berhubung pelaksanaan EKSA di peringkat Jabatan. Selain itu, sesi latihan audit turut diadakan pada hari kedua bengkel yang mana secara tidak langsung memberi latihan awal kepada juru audit EKSA dalam mengendalikan sesi pengauditan EKSA. Alhamdulillah, bengkel ini telah dihadiri oleh semua wakil dari setiap zon dan juga setiap jawatankuasa yang dilantik. Jom buat EKSA!!.

LOGO EKSA DAN JUSTIFIKASI

 
Tahukah Anda ?...Apakah maksud tersirat di sebalik simbol-simbol yang terkandung di dalam logo EKSA?. Sesuatu logo dicipta tentu sekali membawa maksud dan intisarinya yang tersendiri. Ia bukan sahaja melambangkan imej pelaksanaan EKSA di sesebuah organisasi, bahkan ia membawa mesej penting yang mewakili logo tersebut. Jom, sama-sama kita timba ilmu dengan membaca paparan justifikasi pada logo EKSA JKSTR yang tertera...



MISI, VISI, POLISI & OBJEKTIF EKSA




Selaras dengan pelancaran pelaksanaan EKSA di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, suatu penetapan misi, visi, polisi dan objektif  EKSA telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk EKSA sebagai suatu dasar dan panduan utama dalam pelaksanaannya. Misi, visi, polisi dan objektif  ini menjadi suatu penanda aras dan hala tuju utama kepada semua kakitangan / ahli-ahli zon dalam usaha merealisasikan hasrat murni Jabatan bagi dipersijilkan sebagai salah satu antara agensi awam terawal di negeri Terengganu yang telah melaksanakan program EKSA.
 
Uniknya, misi, visi, polisi dan objektif  ini dihasilkan daripada cetusan idea garapan kreativiti ahli-ahli zon sendiri yang mana suatu pertandingan merekacipta misi, visi, polisi dan objektif  telah diadakan di peringkat Jabatan yang disertai oleh kakitangan Jabatan ini sehinggalah terhasilnya paparan sebagaimana yang dapat dilihat. Seterusnya, misi, visi, polisi dan objektif  ini telah diedarkan dan diwajibkan disebarluaskan di kalangan kakitangan agar ianya sentiasa segar di minda dan dekat di hati mereka. Ayuh, EKSA di hati kami!