click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday 12 March 2018

Selamat Datang Kepada Auditor-Auditor MAMPU
ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu
 

BENGKEL PEMANTAPAN BLOG EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2018


Encik Azmil Hushairi sedang memberi taklimat
berkaitan pembinaan blog EKSA
Bengkel Pemantapan Blog EKSA telah diadakan pada 22 Febuari 2018 (Khamis), bertempat di Makmal Komputer Aras 1, JKSTR. Bengkel ini merupakan aktiviti tahunan buat kali keduanya diadakan di bawah anjuran Jawatankuasa Latihan EKSA Jabatan. 

Para peserta sedang khusyuk menimba sebanyak mungkin
 ilmu berkaitan pembinaan blog EKSA
Penganjuran bengkel ini di bawah tunjuk ajar Encik Azmil Hushairi bin Remli, Penolong Pegawai ICT Jabatan telah disertai oleh 2 orang wakil daripada setiap jawatankuasa dan zon-zon. Jawatankuasa Induk diwakili oleh Penyelaras dan Setiausaha Induk. Antara modul yang diajar di dalam bengkel ini adalah berkaitan penyusunan post di dalam blog masing-masing. Pendedahan secara teori dan praktikal melalui bengkel ini telah banyak membantu ahli-ahli zon untuk mengemaskini blog EKSA dari semasa ke semasa. Jom blogging ! 💚

 

MAJLIS PENYAMPAIAN PENGHARGAAN EKSA BAGI AUDIT DALAM TAHUN 2017


Alhamdulillah, Jawatankuasa Induk berjaya
memenangi Anugerah Blog Terbaik
Sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada
Fesi Zon oleh YAA KHS Terengganu
Sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada
Fesi Zon oleh YAA KHS Terengganu
Pada 18 Januari 2018, bersempena Majlis Perhimpunan Awal Tahun Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu 2018, pihak Jawatankuasa Induk dengan kerjasama Jawatankuasa Audit EKSA JKSTR telah mengadakan majlis penyampaian Anugerah EKSA bagi zon-zon yang berjaya dalam pemarkahan Audit Dalam EKSA yang diadakan pada tahun 2017.
 
Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Terengganu dan dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Jabatan yang terdiri daripada ibu pejabat dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah. Penganugerahan EKSA seumpama ini adalah sebagai menghargai setiap komitmen daripada jawatankuasa dan zon-zon dalam menjayakan pelaksanaan EKSA.
 
Jawatankuasa dan zon yang berjaya telah diberi sijil penghargaan dan wang tunai sebagai insentif kepada kesungguhan dan daya usaha mereka dalam menjayakan Audit Dalam EKSA peringkat Jabatan.
 
Jawatankuasa Induk mengucapkan setinggi tahniah kepada semua jawatankuasa dan zon atas penyertaan dan sumbangan mereka. Tahniah dan Syabas! 💚 

Wednesday 21 February 2018

PROGRAM KESELAMATAN KEBAKARAN & LATIHAN PEMADAMAN KEBAKARAN

Sesi ceramah tentang kesedaran pencegahan kebakaran 
oleh Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat K.Terengganu
Para peserta sedang menunggu sesi latihan
pemadaman kebakaran dimulakan
Sesi praktikal pemadaman kebakaran oleh staff JKSTR
Jawatankuasa Pelaksana EKSA dengan kerjasama bahagian latihan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah mengadakan satu Program Keselamatan Kebakaran & Latihan Pemadaman Kebakaran yang mana ianya diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun di peringkat ibu pejabat dan mengikut keperluan di daerah-daerah. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pegawai dan kakitangan termasuklah pekerja swasta yang terdiri daripada pengawal keselamatan, pihak pengurusan bangunan dan pihak pembersihan bangunan supaya peka tentang prosedur yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan di premis tempat kerja. Langkah ini diharap akan dapat meningkatkan kesedaran warga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu terhadap aspek keselamatan ketika bertugas dan berada dalam bangunan tempat bekerja.
 
Sehubungan dengan itu, memandangkan aspek keselamatan merupakan salah satu elemen penting di dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), maka Jawatankuasa Induk EKSA JKSTR telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Keselamatan Kebakaran & Latihan Pemadaman Kebakaran peringkat Jabatan. Program yang telah diadakan pada 14 Disember 2017 (Khamis) melibatkan semua wakil dari ibu pejabat, wakil dari setiap zon-zon EKSA (Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah), wakil dari pengawal keselamatan, pengurusan bangunan dan pengurusan kebersihan bangunan yang terlibat. Antara aktiviti lain yang turut diadakan selain ceramah kesedaran berkaitan proses menangani kebakaran, terdapat simulasi proses bertindak dan menyelamat ketika berlakunya kebakaran, dan juga demonstrasi memadamkan kebakaran yang dikendalikan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu.


Masa
Butiran Aktiviti
8.00 pagi
Pendaftaran Peserta
8.30 pagi
Ucapan Aluan oleh Pengarah Khidmat Pengurusan Jabatan
9.00 pagi
Taklimat berhubung Keselamatan Kebakaran oleh Penceramah 
11.30 pagi
Sesi soal jawab
11.50 pagi
Latih amal Proses menghadapi Situasi Kecemasan Kebakaran
12.30 tghri
Demostrasi dan Latihan Pemadaman Kebakaran
1.30 tghri
Makan Tengahari & Bersurai