click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, 23 May 2017

PELANCARAN EKSA JKSTR




Seiring dengan inisiatif MAMPU dalam menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah mendukung inisisatif tersebut dengan turut melancarkan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi JKSTR selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Secara khususnya, penjenamaan semula dan pelaksanaan EKSA ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membolehkan JKSTR :

ü  memperluas pelaksanaan di agensi bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif; meningkatkan imej korporat;

ü  menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;

ü  menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan

ü  memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.

Sehubungan dengan itu, pelancaran rasmi Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di peringkat JKSTR telah diadakan. Majlis yang penuh makna ini dirasmikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Terengganu pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan pada 19 Jun 2014 bertempat di Aras 5 Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Majlis ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan JKSTR. Dengan pelancaran ini, maka secara rasminya JKSTR menjadi salah satu agensi yang komited dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). {

No comments:

Post a Comment