Sesi
ceramah tentang kesedaran pencegahan kebakaran
oleh Pegawai Jabatan Bomba dan
Penyelamat K.Terengganu
|
Para
peserta sedang menunggu sesi latihan
pemadaman kebakaran dimulakan |
Sesi
praktikal pemadaman kebakaran oleh staff JKSTR
|
Jawatankuasa
Pelaksana EKSA dengan kerjasama bahagian latihan dan pentadbiran Jabatan
Kehakiman Syariah Terengganu telah mengadakan satu Program Keselamatan Kebakaran &
Latihan Pemadaman Kebakaran yang mana ianya diadakan
sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun di peringkat ibu pejabat dan
mengikut keperluan di daerah-daerah. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada
semua pegawai dan kakitangan termasuklah pekerja swasta yang terdiri daripada
pengawal keselamatan, pihak pengurusan bangunan dan pihak pembersihan bangunan
supaya peka tentang prosedur yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran dan
kecemasan di premis tempat kerja. Langkah ini diharap akan dapat meningkatkan
kesedaran warga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu terhadap aspek keselamatan
ketika bertugas dan berada dalam bangunan tempat bekerja.
Sehubungan
dengan itu, memandangkan aspek keselamatan merupakan salah satu elemen penting
di dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), maka Jawatankuasa
Induk EKSA JKSTR telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Program
Keselamatan Kebakaran & Latihan Pemadaman Kebakaran peringkat Jabatan. Program yang
telah diadakan pada 14 Disember 2017 (Khamis) melibatkan semua wakil dari ibu
pejabat, wakil dari setiap zon-zon EKSA (Mahkamah Rendah Syariah
Daerah-daerah), wakil dari pengawal keselamatan, pengurusan bangunan dan
pengurusan kebersihan bangunan yang terlibat. Antara aktiviti lain yang turut
diadakan selain ceramah kesedaran berkaitan proses menangani kebakaran,
terdapat simulasi proses bertindak dan menyelamat ketika berlakunya kebakaran, dan
juga demonstrasi memadamkan kebakaran yang dikendalikan oleh pihak Bomba dan
Penyelamat Daerah Kuala Terengganu.
Masa
|
Butiran Aktiviti
|
8.00 pagi
|
Pendaftaran Peserta
|
8.30 pagi
|
Ucapan Aluan oleh Pengarah Khidmat Pengurusan
Jabatan
|
9.00 pagi
|
Taklimat berhubung Keselamatan Kebakaran oleh
Penceramah
|
11.30 pagi
|
Sesi soal jawab
|
11.50 pagi
|
Latih amal Proses menghadapi Situasi Kecemasan
Kebakaran
|
12.30 tghri
|
Demostrasi dan Latihan Pemadaman Kebakaran
|
1.30 tghri
|
Makan Tengahari & Bersurai
|
No comments:
Post a Comment