Selamat Datang Kepada Auditor-Auditor MAMPU ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu |
Monday, 12 March 2018
BENGKEL PEMANTAPAN BLOG EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2018
Encik Azmil Hushairi sedang memberi taklimat berkaitan pembinaan blog EKSA |
Bengkel Pemantapan Blog EKSA telah diadakan pada 22 Febuari 2018 (Khamis), bertempat di Makmal Komputer Aras 1, JKSTR. Bengkel ini merupakan aktiviti tahunan buat kali keduanya diadakan di bawah anjuran Jawatankuasa Latihan EKSA Jabatan.
Para peserta sedang khusyuk menimba sebanyak mungkin ilmu berkaitan pembinaan blog EKSA |
Penganjuran bengkel ini di bawah tunjuk ajar Encik Azmil Hushairi bin Remli, Penolong Pegawai ICT Jabatan telah disertai oleh 2 orang wakil daripada setiap jawatankuasa dan zon-zon. Jawatankuasa Induk diwakili oleh Penyelaras dan Setiausaha Induk. Antara modul yang diajar di dalam bengkel ini adalah berkaitan penyusunan post di dalam blog masing-masing. Pendedahan secara teori dan praktikal melalui bengkel ini telah banyak membantu ahli-ahli zon untuk mengemaskini blog EKSA dari semasa ke semasa. Jom blogging ! 💚
MAJLIS PENYAMPAIAN PENGHARGAAN EKSA BAGI AUDIT DALAM TAHUN 2017
Pada 18 Januari 2018, bersempena Majlis Perhimpunan Awal Tahun Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu 2018, pihak Jawatankuasa Induk dengan kerjasama Jawatankuasa Audit EKSA JKSTR telah mengadakan majlis penyampaian Anugerah EKSA bagi zon-zon yang berjaya dalam pemarkahan Audit Dalam EKSA yang diadakan pada tahun 2017.
Alhamdulillah, Jawatankuasa Induk berjaya memenangi Anugerah Blog Terbaik |
Sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada Fesi Zon oleh YAA KHS Terengganu |
Sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada Fesi Zon oleh YAA KHS Terengganu |
Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Terengganu dan dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Jabatan yang terdiri daripada ibu pejabat dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah. Penganugerahan EKSA seumpama ini adalah sebagai menghargai setiap komitmen daripada jawatankuasa dan zon-zon dalam menjayakan pelaksanaan EKSA.
Jawatankuasa dan zon yang berjaya telah diberi sijil penghargaan dan wang tunai sebagai insentif kepada kesungguhan dan daya usaha mereka dalam menjayakan Audit Dalam EKSA peringkat Jabatan.
Jawatankuasa Induk mengucapkan setinggi tahniah kepada semua jawatankuasa dan zon atas penyertaan dan sumbangan mereka. Tahniah dan Syabas! 💚
Wednesday, 21 February 2018
PROGRAM KESELAMATAN KEBAKARAN & LATIHAN PEMADAMAN KEBAKARAN
Sesi
ceramah tentang kesedaran pencegahan kebakaran
oleh Pegawai Jabatan Bomba dan
Penyelamat K.Terengganu
|
Para
peserta sedang menunggu sesi latihan
pemadaman kebakaran dimulakan |
Sesi
praktikal pemadaman kebakaran oleh staff JKSTR
|
Jawatankuasa
Pelaksana EKSA dengan kerjasama bahagian latihan dan pentadbiran Jabatan
Kehakiman Syariah Terengganu telah mengadakan satu Program Keselamatan Kebakaran &
Latihan Pemadaman Kebakaran yang mana ianya diadakan
sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun di peringkat ibu pejabat dan
mengikut keperluan di daerah-daerah. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada
semua pegawai dan kakitangan termasuklah pekerja swasta yang terdiri daripada
pengawal keselamatan, pihak pengurusan bangunan dan pihak pembersihan bangunan
supaya peka tentang prosedur yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran dan
kecemasan di premis tempat kerja. Langkah ini diharap akan dapat meningkatkan
kesedaran warga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu terhadap aspek keselamatan
ketika bertugas dan berada dalam bangunan tempat bekerja.
Sehubungan
dengan itu, memandangkan aspek keselamatan merupakan salah satu elemen penting
di dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), maka Jawatankuasa
Induk EKSA JKSTR telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Program
Keselamatan Kebakaran & Latihan Pemadaman Kebakaran peringkat Jabatan. Program yang
telah diadakan pada 14 Disember 2017 (Khamis) melibatkan semua wakil dari ibu
pejabat, wakil dari setiap zon-zon EKSA (Mahkamah Rendah Syariah
Daerah-daerah), wakil dari pengawal keselamatan, pengurusan bangunan dan
pengurusan kebersihan bangunan yang terlibat. Antara aktiviti lain yang turut
diadakan selain ceramah kesedaran berkaitan proses menangani kebakaran,
terdapat simulasi proses bertindak dan menyelamat ketika berlakunya kebakaran, dan
juga demonstrasi memadamkan kebakaran yang dikendalikan oleh pihak Bomba dan
Penyelamat Daerah Kuala Terengganu.
Masa
|
Butiran Aktiviti
|
8.00 pagi
|
Pendaftaran Peserta
|
8.30 pagi
|
Ucapan Aluan oleh Pengarah Khidmat Pengurusan
Jabatan
|
9.00 pagi
|
Taklimat berhubung Keselamatan Kebakaran oleh
Penceramah
|
11.30 pagi
|
Sesi soal jawab
|
11.50 pagi
|
Latih amal Proses menghadapi Situasi Kecemasan
Kebakaran
|
12.30 tghri
|
Demostrasi dan Latihan Pemadaman Kebakaran
|
1.30 tghri
|
Makan Tengahari & Bersurai
|
Subscribe to:
Posts (Atom)