Seiring dengan inisiatif MAMPU dalam menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan
semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Jabatan Kehakiman
Syariah Terengganu telah mendukung inisisatif tersebut dengan turut melancarkan
pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
bagi JKSTR selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi
tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan
persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga di
Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Secara
khususnya, penjenamaan semula dan pelaksanaan EKSA ini dilaksanakan adalah bertujuan
untuk membolehkan JKSTR :
ü
memperluas pelaksanaan di agensi bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
meningkatkan imej korporat;
ü menyemarakkan
aktiviti kreativiti dan
inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
ü menggalakkan
aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
ü
memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian
agensi Kerajaan.
Sehubungan
dengan itu, pelancaran rasmi Pelaksanaan Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA) di peringkat JKSTR telah diadakan. Majlis yang
penuh makna ini dirasmikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Terengganu pada Majlis
Perhimpunan Bulanan Jabatan pada 19 Jun 2014 bertempat di Aras 5 Jabatan
Kehakiman Syariah Terengganu. Majlis ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan
JKSTR. Dengan pelancaran ini, maka secara rasminya JKSTR menjadi salah satu
agensi yang komited dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). {