Pasukan Jawatankuasa
Audit Dalam EKSA JKSTR akan melaksanakan sesi pengauditan kepada Dokumentasi
dan Blog Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSTR pada Khamis, 16 Jamadil Akhir 1440 H
bersamaan 21 Febuari 2019 M. Selamat menjalankan pengauditan Y.
Thursday, 21 February 2019
Tuesday, 19 February 2019
ALHAMDULILLAH, TAHNIAH & SYABAS WARGA KERJA EKSA JKSTR
Alhamdulillah, secara rasminya, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, MRSD Besut, MRSD Dungun, MRSD Hulu Terengganu, MRSD Marang dan MRSD Setiu telah dipersijilkan oleh pihak MAMPU kerana telah berjaya melaksanakan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi tempoh pensijilan dua tahun bermula15 April 2018 hingga 14 April 2020.
SESI PENUTUPAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T, pada sesi penutupan Audit Pensijilan Semula EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu yang berlangsung pada 21 Mac 2018, JKSTR sekali lagi mencipta sejarah melakar kejayaan dengan layak untuk dipersijilkan dengan Amalan Persekitaran Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh MAMPU untuk tempoh dua tahun lagi. TAHNIAH kepada semua warga EKSA JKSTR, teruskan usaha yang murni ini !
SESI PEMBUKAAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU
Audit Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu mengalu-alukan kedatangan pasukan Audit MAMPU, Putrajaya akan menjalankan Audit Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke atas pematuhan pelaksanaan EKSA di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu bermula pada 19 hingga 21 Mac 2018. Antara Auditor-auditor yang terlibat dari MAMPU, Putrajaya adalah sebagaimana berikut :
Auditor 1 : Pn. Zuasma binti Yahaya Ketua Penolong Pengarah Kanan (Gred M52)
Auditor 2 : Pn. Nurini binti Perdana Penolong Pengarah Kanan (Gred M44)
Audilor 3 : Pn. Nur Amalina binti Zakaria Penolong Pengarah (Gred M41)
Sesi pengauditan akan berlangsung dengan dimulakan pembentangan umum tentang pelaksanaan EKSA oleh Penyelaras EKSA dan Pengerusi JK Latihan dan seterusnya pengauditan dokumentasi induk dan seterusnya pengauditan fizikal / lokasi ke zon-zon yang terlibat. Selamat maju jaya kepada JKSTR!
Subscribe to:
Posts (Atom)